Sunday 11 October 2009

Nizar-Pas: Politik Ganas MU Tidak Mampu Kekang Kemenangan ISA

PAS dan BN saling menuding jari antara satu sama lain berhubung insiden kekasaran yang berlaku sepanjang proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang hari ini.

Kedua-dua pihak mendakwa pergaduhan yang berlaku tercetus akibat tindakan provokasi lawan masing-masing.

Insiden tersebut – satu berlaku di SK Teluk Kemang pada jam 11.20 pagi tadi dan satu lagi berlaku di pusat pengundian SK Panglima Adnan pada jam 10.10 pagi tadi.

Kedua-duanya berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek dan tindakan membaling botol air mineral, menyebabkan keadaan menjadi tegang.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini mendakwa, kejadian tidak diingini itu sukar dikawal kerana pendekatan “politik ganas” BN.

“Ia menyebabkan keadaan sukar dikawal. Kedua, pihak polis gagal bertindak. Alasan yang diberikan tidak cukup tenaga.

“Tetapi saya lihat, kawalan keselamatan di sini tidak macam dalam pilihan raya kecil lalu.” dakwa Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian pula mendakwa, terdapat anggota Pemuda Umno yang cedera dan luka akibat dibaling batu oleh penyokong PAS di SK Telok Kemang pagi tadi.

“Ia provokasi. Mereka sengaja buat,” dakwa Kamil Abd Aziz ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakan polis yang mengawal keadaan, termasuk membuat tangkapan bagi mengawal keadaan keselamatan.

Katanya, setakat ini, walaupun berlaku beberapa insiden kekasaran dilaporkan, keadaannya masih terkawal.

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP