KISAH SEDIH POLITIK SABAH
Parti Umno/Bn Sabah sebelum PRU-14 bukan sahaja parti yang kuat, akan tetapi diberi nama Fixed Desposit Bn. Mengapa ianya mendapat gelaran itu? sebabnya daripada PRU 2004, 2008 dan 2013, bukan sahaja menang, tetapi sentiasa mempunyai kuasa 2/3 di Dewan Undangan Negeri.
Namun, atas keinginan rakyat, pada PRU-14, kehilangan kuasa, bukan kerana tidak mendapat kerusi, akan tetapi kerusi yang diperolehi tidak cukup untuk membentuk kerajaan bersendirian.
Memang sudah suratan kehilangan kerajaan, selepas membentuk kerajaan kerana dapat berkerjasama dengan sebuah parti kecil, namun tindakan 6 wakil rakyat melompat, maka akhirnya tersungkur jua.
Namun, yang cukup malang, pemimpin yang menerajui kerajaan sehinggakan mendapat gelaran fixed deposit, dipaksa membakar diri sendiri, tanpa melihat atau mempertimbangkan pencapaian cemerlang yang dirai, hanya semata-mata kerana dendam!!!.
Mengapa ini berlaku? hanya pihak-pihak tertentu yang dapat menjawabnya.
Ada lah pengajaran bagi rakyat Sabah dan generasi akan datang, dalam politik semua boleh berlaku. Politik cukup kejam, pencapaian, kejayaan seseorang pemimpin bagaikan embun di waktu pagi, terbit mentari, maka kering lah sudah.
Politik Sabah memang sukar diduga. Kecenderungan rakyat benar-benar sukar difahami oleh mana-mana pemimpin. Pendekatan politik pembangunan dan kemajuan yang diguna pakai boleh ditolak begitu sahaja, sedangkan rakyat sangat dahaga akan pembangunan dan kemajuan.
Pembangunan yang di bawah kerajaan terdahulu, umpamanya, sejak merdeka, Sabah tiada bangunan pusat pentadbiran, tiada universiti, tiada jalan bertingkat, tiada lapangan terbang tersibuk selepas KLIA, pun demikian, masih ditolak.
Kini, kerajaan yang mengambil alih kekal menggunakan pendekatan yang serupa. Tiada perubahan yang ketara. Selepas bertukar kerajaan, yang bertukar hanya para individu di jawatan yang sama.
Rakyat meletakkan mereka yang tiada pengelaman pada jawatan-jawatan yang telah sedia ada, mengenepikan, mereka yang telah tamat daripada pelajaran try n error. Sebagai impaknya, maka pembangunan dan kemajuan menjadi perlahan, malah ada kemungkin menuju kelembaban.
Penulis terus melihat, bahawa politik Sabah akan terus berpaksi kepada politik pembangunan, namun kisah sedih mengenainya, sampai waktu dan ketikanya, akan jua ditolak.
Read more...