TAHUN 2019: BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH
Tahun 2018, sudah berlabuh. Tahun yang penuh duka bagi kerajaan yang diterajui Parti Barisan Nasional sejak tahun 1994.
Pemerintahan Bn Sabah merupakan satu jangka masa yang cukup panjang kerana bertahan selama 24 tahun, malah telah melahirkan Ketua Menteri terlama Sabah.
Adat permulaan maka ada pengakhiran, demikian yang hidup mesti melalui mati.
Jangka masa 24 tahun, bukanlah masa yang singkat, kerana jika dihubungkan dengan kelahiran, bermula daripada lahir, kanak-kanak-remaja-dewasa. Dalam tempoh masa itu, sudah tentu banyak pahit manis yang dilalui. Namun, adat demokrasi, jika rakyat mahu berubah, maka perubahan pasti berlaku.
Setiap pemimpin yang menerajui kerajaan terdahulu, telah berusaha semaksimum mungkin memberikan apa yang boleh oleh sebuah kerajaan kepada rakyatnya, namun rakyat sebagai pengadil, ingin berubah, maka tiada pemimpin yang dapat menghalangnya.
Mengharungi tahun baharu dan seterusnya, tiada yang terkecuali samada pemimpin atau rakyat, kena membuang yang keruh mengambil yang jernih. Walaupun demikian, sumbangan kerajaan terdahulu bersama para pemimpinnya, jangan lah dipadam sedemikian rupa, kerana apa yang telah dibina sebelumnya merupakan landasan untuk bergerak ke hadapan.
Kerajaan yang mengambil alih, perlu bersyukur kerana kerajaan mempunyai simpanan kewangan yang cukup besar, berbanding dikala Barisan Nasional mengambil alih pada tahun 1994 yang mana simpanan kewangan negeri berada pada tahap defisit, kadar kemiskinan yang begitu tinggi, keluasan hutan yang amat sedikit, pembangunan yang lembab, selain kadar pengangguran yang amat tinggi.
Setiap rakyat atau pemimpin, apapun latar belakang fahaman politik, kena menerima hakikat, bahawa kadar kemajuan dan pembangunan Sabah begitu pesat sekali khusus dalam tempoh masa 15 tahun terakhir.
Pencapaian kerajaan terdahulu, jika diadili secara rasional, memang tidak boleh dinafikan, cukup hebat dan perlu dibanggakan.
Sempena dengan tahun baharu ini, setiap rakyat negeri ini dan pemimpinnya, perlu bergerak ke hadapan untuk memajukan negeri dan rakyat. Jangan jadikan fahaman politik sebagai penghalang, keranaa ianya boleh menjadi tembok kepada kemajuan.
Para pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat, perlu melupakan bab fahaman politik sebagai asas untuk membalas dendam, apa tah lagi pemimpin yang jatuh kemudian ditimpah dengan tangga, sebaliknya pemimpin yang jatuh gapai lah untuk bangun semula, seperti istilah kebanyakan... KITA-KITA JUGA BAH INI.
Tiada yang boleh menafikan, bahawa para pemimpin kerajaan dahulu, sudah mengurus negeri dan rakyatnya sebaik mungkin, namun kerana faktor-faktor tertentu, ada pemimpin menjadi lilin menanggung kesengsaraan seorang diri, kerana itulah adat, dalam negara kita, yang kena terus kena, kerana beban yang dipikul tidak boleh dijinjing ramai-ramai untuk mengurangkan beban.
Kita sebagai rakyat, hanya dapat berkongsi rasa, hanya dapat melihat, hanya mampu berdoa, namun yang terkena tetap menanggung sendirian.
Penulis hanya boleh mengajak rakyat yang sempat membaca artikel seumpama ini, namun sebagai rakyat biasa, tidak akan dapat membantu apa-apa, kecuali menerusi perantara tulisan untuk menyatakan kebenaran.
SELAMAT TAHUN BAHARU...
0 comments:
Post a Comment